Bermula tahun ini sahaja, Google telah banyak melakukan perubahan terhadap algorithmnya bermula dari PANDA sehinggalah PENGUIN Updates yang mengakibatkan banyak laman web berubah posisi rankingnya terutama di senarai muka hadapan. Perubahan ini juga termasuk terma EMD atau exact match domain atau domain sama nama dengan keyword dan juga bagi carian enjin tempatan (local search result).
SEO Untuk Carian Enjin Tempatan
Untuk artikel kali ini saya amat tertarik untuk membincangkan kaedah SEO untuk carian di Malaysia samada menggunakan Google.com atau Google.com.my. Ini berdasarkan pemerhatian dan perkembangan semasa kerana terdapat banyak perbezaan ranking untuk kedua-duanya.Ada 2 kemungkinan atau keperluan utama untuk memastikan kenapa terdapat banyak perbezaan tersebut mengikut analisa saya. Antaranya:
- Google Preferred Search Engine - Sekarang ini Google lebih mengutamakan carian mengikut alamat IP pencari dimana secara defaultnya jika di Malaysia adalah menggunakan com.my kecuali jika sendiri mengubahnya kepada dotcom. Sekiranya anda menggunakan keyword untuk mencari sesuatu terutama menggunakan dotcom untuk laman web di Malaysia sahaja, maka anda perlulah meletakkan perkataan Malaysia dihujung setiap keyword yang anda gunakan. Jika tidak, pasti resultnya amat berbeza sekali.
- Faktor Bahasa - Ini juga merupakan faktor utama yang menyebabkan berlakunya perbezaan mengikut SEO result bagi carian enjin tempatan. Saya pun kurang pasti apakah bahasa 'default' yang diutamakan tetapi berdasarkan pemerhatian mencuba teknik SEO, jika menggunakan Bahasa Malaysia hasil resultnya adalah lebih cepat untuk carian di enjin tempatan dotcomdotmy.
SEO Untuk Pemasaran Video
Hasil menggunakan teknik SEO untuk menaikkan ranking video di muka hadapan Google juga amat berbeza untuk carian enjin tempatan. Kebiasaannya masa yang diambil untuk naik ke muka hadapan adalah lambat sedikit berbanding di Google.com. Buat masa ini, bagi keyword yang lebih 'competitve' terutamanya, memang agak sukar untuk anda meletakkan video anda di carian enjin tempatan.
Begitu juga dengan penggunaan bahasa keyword yang digunakan untuk pemasaran video tersebut. Ianya juga memainkan peranan yang penting dalam menentukan dan mempercepatkan kedudukan ranking Video anda dalam enjin carian Google. Bagaimanapun jika anda menggunakan keyword tersebut dalam Bahasa Malaysia, hasilnya adalah lebih positif dan peluang untuk berada di rangking atau muka hadapan adalah lebih cepat dan cerah.
Masa Hadapan Search Engine Optimization Untuk Carian Enjin Tempatan
Bagi anda yang menyediakan khidmat SEO untuk pasaran tempatan atau carian enjin tempatan, buat masa ini rasanya tidaklah begitu sukar kerana dari segi saingan untuk kebanyakan keyword atau kata-kunci adalah masih ditahap yang rendah dan sederhana.
Penggunaan on/off page SEO masih perlu diutamakan. Begitu juga peranan backlink ke laman web utama tersebut. Cuma berpandukan keterangan Matt Cutts, Google kini lebih mengutamakan kualiti backlink tersebut berbanding kuantiti. Ini bermaksud, Google Bot hanya mengambil kira backlink untuk keyword yang sama dengan 'niche' atau topik atau kandungan laman web anda.
Untuk rujukan anda boleh dapatkan panduan dan cara yang seeloknya seperti yang telah ditetapkan mengikut Google Webmaster Central Blog Guidelines untuk menghasilkan laman web yang lebih berkualiti untuk pengguna dan juga Google.
Your post is just outstanding! thanks for such a post,its really going great and great work.
ReplyDeleteMobile Application Development in Bangalore | Mobile Application Development Company in Bangalore